0

T-shirt Free dari netQueen

STICKY MODE FOR TODAY YE..NEW ENTRY ADA DI BAWAH..PLEASE SCROLL DOWN..



Kawan2..sy dh daftar sebagai ahli netQeen..u oll jom cepat2 daftar. Dapat free t-shirt tau. Lps tu, ikut je steps kt bwh ni eh. Mohlah cepat!!

Mahukan T-Shirt netQueen edisi terhad ini? Edisi terhad ini hanya bagi setiap 100 pendaftaran pertama sebagai ahli netQueen sahaja. Jadi bagaimanakah caranya mahu mendapatkan T-Shirt ini?

Apa yang perlu anda lakukan adalah:
1- Daftar sebagai ahli netQueen disini.
*Activation code akan dihantar ke email anda. Sila semak email.
2- Masukkan blog ini ke Blog List anda.
3- Buat satu entry tentang netQueen.
4- Letakkan gambar banner netQueen di side bar & link back


5- Promotekan netQueen kepada 5 rakan blog anda.
6- Tinggalkan komen anda disini dengan mengatakan "Saya Telah Laksanakan Kesemua Syarat Yang Diberikan dan kini saya adalah rakan netQueen" berserta alamat blog anda
* sila login dahulu sekiranya mahu meninggalkan komen

Note:
i- Sila pastikan anda memberi butir-butir lengkap supaya anda tidak tercicir dari senarai penerima T-Shirt dari kami.
ii- Kami akan hubungi anda melalui email dalam tempoh 24jam dan anda dikehendaki memberi alamat untuk penghantaran T-Shirt.
iii- Proses penghantaran T-Shirt adalah selama 7 hari dari tarikh anda memberi alamat penghantaran.
sebarang pertanyaan sila email kepada contest@netqueen.com.my

2

Syamim Yang Pot Pet Pot Pet

Lama abah.hencem tak jenguk kesini, bukannya lupa tapi abah.hencem amat sibuk dengan kerja kat opis yang tak pernah-pernah surut. Sekarang ni abah.hencem perasan yang Syamim dah agak pandai bercakap ^^ walaupun tak berapa nak faham tapi rasanya abah.hencem masih boleh faham apa yg Syamim tuturkan. Sebenarnya Syamim ni suka ikut apa yang orang cakapkan dan rasanya dah lama Syamim suka ikut apa yang orang cakap. Nanti kalau abah.hencem rajin abah.hencem buat kamus untuk bahasa Syamim tu ya ^^

Sekarang ni kalau abah.hencem sebut nama "awan" sepatutnya "Wan" Syamim sebut "Cantek" sambil bengkokkan tangan kanan dia. Lepas tu pulak nama "Ayah Lang" tak pernah lekang dari mulut. Setiap masa ja mesti dok panggil Ayah Lang dia. Ayah Lang tu adik no.3 abah.hencem. Sekarang bila pegi kedai Syamim dah pandai minta beli itu ini, tapi abah.hencem buat tak dengar je..hehe..karang kalo layan mau satu kedai dia nak beli. Bila naik kereta ibu selalu suruh Syamim baca doa, lepastu Syamim pun tadah la tangan sambil mulut terkumat-kamit baca doa apa tah pastu orang lain tak sempat abis baca doa dia dah aminnn awal-awal lagi.

Kadang-kadang bila abah.hencem drive tengah-tengah malam, Syamim la peneman abah.hencem sambil Syamim dok nyanyi lagu apa tah dalam bahasa Jerman yang abah.hencem memang tak faham. Lagi satu semalam, Opah Syamim dok sibuk betulkan paip air kat rumah sambil kata "paip ni dok pusing-pusing dari tadi tapi air tak nak berehenti" lebih kurang begitulah bunyi ayatnya, tapi Syamim siap boleh menyampuk kata "pusing, pusing, pusing" sambil Syamim pusing-pusingkan badan Syamim. Adoi..jenuh nak melayan Syamim ni. Rasanya ramai kat kampung rindukan Syamim dan tak sabar-sabar nak jumpa Syamim. Kalo abah.hencem tak sibuk boleh la kita balik Kedah ya Syamim ^^



"antik angat" = cantik sangat
0

Tangisan Kuak Lentang

Lama betul rasanya abah.hecem tak update blog Syamim nih, dah 4 bulan lebih tidak dibuat apa-apa pengisian disini. Sibuk melampau betul abah.hecem nih. Sedar tak sedar kita sudah dipenghujung tahun dan syukur sebab dapat tengok Syamim membesar didepan mata dan semakin banyak keletah dan tingkahlakunya yang kadang-kadang buat abah.hecem tension dan kadang-kadang buat abah.hecem ketawa. Tapi itulah bila dikenangkan balik rasanya macamana la agaknya ibu bapa kita besarkan kita ye? jenuh bersabar je la..

Minggu lepas Syamim demam + selsema, tak tahu la nak boleh akal ape pulak?! Apa yang abah.hecem perasan sekarang ni Syamim lebih extreme menangis dan tangisan yang melampau tersebut telah memberi ancaman kepada jiran dirumah bawah sebab Syamim menangis pakej dengan hentakan kaki. Tidak cukup dengan itu Syamim juga turut menangis sambil berguling-guling dan meraung sekuat hati. Jenuh abah.hecem dok pujuk tapi dia tak mahu, last-last terpaksa la juga ibu pujuk dan dukung Syamim. Sudah la suruh dukung, bila ibu nak duduk Syamim tak bagi dan siap menangis lak tu. Teruk betul la Syamim ni..bikin malu sama abah.hecem je.

Gambar kat bawah ni merupakan contoh Syamim menangis ketika pergi berkelah ke Port Dickson pada 25-Dec yang lalu bersama Ayah Chik, Mak Cik serta Ummi dan rakan-rakannya ^^

So sweet...



Mula-mula menangis kena berdiri dulu


Lepas tu baru la bermula gaya Hindustan
0

Spidey Syamim

Nampaknya sejak dua tiga menjak ni syamim dah mahir memanjat. Mula-mula memanjat atas dashboard dalam kereta dan kini nampaknya sudah pandai memanjat meja kaca kat rumah pulak. abah.hencem bukannya apa, risau juga bila tengok syamim memanjat meja kaca tu, takut pecah je.

Sekarang ni syamim dah pandai ikut
abah.hencem kalau abah.hencem nak keluar dari rumah. Kalau syamim nampak je abah.hencem capai kunci kereta dan buka pintu rumah, cepat-cepat syamim berlari kat depan pintu pastu dia akan cakap "bak..bak..bak" sambil mendepakan tangannya suruh dukung. Kalau tak ambil maka gamatlah satu rumah dengan suara syamim menangis bagaikan sakit yang melampau.

ini adalah salah satu contoh tangisan syamim...

Syamim Demam Lagi..


Semalam Syamim demam lagi, dan abah.hencem agak susah hati bila Syamim demam. Bukannya apa, budak-budak ni kalau demam macam susah sikit sebab dia pun tak pandai cakap lagi. Macam biasa abah.hencem bawa Syamim ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. Mulanya sampai kat klinik bukan main girang lagi Syamim berlari kesana kemari, maklum la tempat besar senang la dia nak berlari sana sini. Walaupun ketika itu suhu badan Syamim tidaklah begitu panas namun abah.hencem minta juga ubat demam, selsema dan ubat batuk untuk standby kalau-kalau Syamim selsema atau batuk. Namun tiba-tiba abah.hencem rasa terus nak demam bila tengok bil ubat Syamim..huhu

Selepas balik dari Klinik, abah.hencem saja ajak ibu singgah ke rumah pengasuh lama kat Taman Melati. Walaupun sudah 3 minggu Syamim tidak berjumpa dengan pengasuhnya namun dia tetap mahu dengan kakak pengasuh tu. Malah lebih terharu, Syamim dengan spontan meletakkan kepalanya pada bahu kakak tersebut.

Memang abah.hencem ada berjanji akan hantar Syamim sekali sekala kepada kakak pengasuh tu tapi memandangkan masa yang suntuk membuatkan abah.hencem agak sukar hendak menghantar Syamim ke sana. Namun, InsyaAllah jika berkesempatan abah.hencem akan hantar Syamim ke situ sebab abah.hencem sebenarnya lebih suka Syamim tinggal dengan pengasuh lama.

Pagi tadi Syamim masih meragam, mungkin tidak selesa sebab badan Syamim agak panas pagi tadi. Agak berat hati abah.hencem dan ibu terpaksa hantar Syamim kepada pengasuh baru juga demi mencari rezeki..

Namun abah.hencem sekarang tetap merindui Syamim..

2

Syamim Di Sengat Lebah




Semalam Syamim di sengat lebah. Entah datang dari mana lebah tu, tiba-tiba je dah masuk dalam rumah. Dua tiga hari lepas memang abah.hencem perasan dengan kehadiran lebah-lebah yang masuk dalam rumah. Biasanya memang abah.hencem spray je lebah-lebah tu sebab takut nanti jatuh atas kepala ke, tak pun Syamim pegi kutip makan ke..huhu

Tapi tak sangka pulak semalam Syamim nak kena sengat dengan lebah. Masa tu abah.hencem baru sudah makan, tiba-tiba dengar Syamim menangis. Mulanya abah.hencem buat tak tahu je sebab memang Syamim macam tu..dia akan menangis bagaikan sakit kalau dia tak dapat apa yang dia nak. Lepas tu abah.hencem tengok ibu dah kelam kabut dukung Syamim, dan ibu bgtau abah.hencem yang Syamim dh pijak lebah.

Agak kelam kabut juga abah.hencem dibuatnya, terus abah.hencem tengok kaki Syamim dan masih kelihatan sengat lebah di kaki Syamim. Perlahan-lahan abah.hencem cabut lebah dari kaki Syamim dan makin kuat pula Syamim menangis. Sebab risau abah.hencem pun call wan *datuk lelaki panggilan orang utara tanya apa nak kena buat. Wan kata bubuh kapur makan je kat tempat kena sengat tu. Dan abah.hencem pun buat la seperti yang disuruh.

Namun, abah.hencem agak risau kalau-kalau Syamim demam dan bawalah Syamim ke klinik. Lepas doktor check apa yang patut dan doktor pun kata tak ada apa-apa, barulah lega rasanya hati abah.hencem. Bila turn nak ambil ubat tiba-tiba abah.hencem pula kena sengat kat poket...aduhhhhh makin teruk demam abah.hencem nampak gayanya ^^ hehe..

Muga Syamim cepat sembuh yer sayang...
0

Syamim Belajar Jalan ^^

Tak sangka pada 2 malam lepas Syamim dah mula beranikan diri berjalan. Pada mula tok syamim bagitau yang tok syamim bermimpi abah.hencem ngan ibu dan juga syamim balik kampung jumpa tok ngan wan. Rupa-rupanya mimpi semata-mata..kesian kat tok, tak pa la tok sabar la, nanti abah.hencem balik la ^^ tapi kalo tok nak tolong bagi duit tol ngan minyak, anytime abah.hencem balik..hahaha ^^

Tapi tak sangka pula tok syamim mimpi syamim boleh berjalan rupa-rupanya memang betul. Hebat tok syamim nih ^^ Pada mulanya syamim menapak dua tiga tapak ja, sambil mulutnya dok terkumat kamit "ta tih, ta tih, ta tih.."lepas dia dah agak berani lagi dengan menapak sampai 5 -6 tapak..bagus bagus..tapi lepas tu bila suruh lak dia tak mau pulak ^^ sabar je la ngan syamim nih..



0

Ponteng Kerja Lagi...

Agak lama juga abah.hencem tak jenguk kat sini. Kesibukkan kerja membuatkan abah.hencem terpaksa tinggalkan sementara waktu blog Syamim nih. Tapi hari ini nampaknya abah.hencem berkesempatan menulis semula disini, itu pun disebabkan abah.hencem terpaksa cuti semata-mata untuk menjaga Syamim.

Sejak awal pagi lagi selepas hantar ibu ke stesen lrt, Syamim tak nak tido..jadi nak tak nak terpaksa la abah.hencem temankan Syamim tido walaupun hakikatnya abah.hencem memang tak nak tido ^^ Hampir jam 10pg Syamim menangis dan abah.hencem tahu mesti dia lapar susu, jadi abah.hencem pun pergi la bancuh susu dan selepas minum Syamim pun tidur semula. Jadi boleh la abah.hencem online dan siapkan kerja-kerja abah.hencem. Namun ianya hanya sementara sahaja kerana tidak sampai setengah jam Syamim tido, kini Syamim menangis semula. Nak tak nak sekali lagi terpaksa juga abah.hencem temankan Syamim tido..jenuh abah.hencem main game henset sampai habis bateri. Sesekali Syamim terjaga dan cuma nak pastikan ada orang temankan dia tido.

Hampir 1 tengahari Syamim pun terjaga dari tido, selepas dia main-main dan sempat juga abah.hencem layan movie separuh mula la Syamim menangis. Tangisan tersebut membuatkan abah.hencem terpaksa bawa Syamim ke tandas sebab Syamim dah mula buang najis..huhu jenuh abah.hencem macam ni. Nak tak nak terpaksa la buat, dan mandikan Syamim sekali. Lepas pakaikan Syamim baju abah.hencem pun bancuh susu dan tido kan Syamim semula.

Tapi ternyata tido Syamim hanya sekadar tido-tido ayam, dan terpaksa juga abah.hencem temankan Syamim tido. Agak lama Syamim tido dan hampir jam 6 ptg tadi barulah Syamim terjaga dan kini dia dok berseronok main lens ngan speedlight abah.hencem..rasa macam nak menangis je abah.hencem tengok Syamim main benda mahal tu...kalo rosak jenuh la abah.hencem xleh cari makan. Tiap kali nak amik lens tu kat tangan Syamim dia pun mula la meraung..Ohooo....terpaksa la biarkan...bagi main mainan sendiri tak nak..

Syamim diawal 10 bulan
0

Makan Kenduri

Sabtu yang lalu abah.hencem berkesempatan ke Majlis Perkahwinan kawan opis yang berlangsung di Sabak Bernam. Oleh kerana majlis perkahwinan ini merupakan kawan sepejabat abah.hencem, maka awal-awal lagi abah.hencem bawa ibu dan syamim untuk turut serta menyerikan majlis yang amat bermakna itu. Mulanya perancangan awal ingat nak drive sendiri je, tapi disebabkan tahap kemalasan yang melilit diri ini maka abah.hencem berkeputusan mengajak pakcik zamany turut serta dengan menumpang kereta Myvi beliau ^^

Oleh kerana pergi dengan kereta beliau maka secara automatiknya beliau yang kena drive. Hampir jam pukul 11.30am kami semua pun bertolak ke Sabak Bernam. Perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam lebih itu membuatkan abah.hencem begitu lapar sekali sehinggakan kereta dihadapan dapat mendengar bunyi keroncong ala2 remix ini. Setelah bersalam-salaman dengan keluarga pengantin maka dengan sepantas kilat abah.hencem ke meja makan. Setelah hampir kekenyangan barulah abah.hencem nampak pengantin, rupa-rupanya mereka dh selesai makan. Tak sangka sungguh rupa-rupanya kami semua terlepas nak tengok pengantin bersanding ^^ tapi tak pe..yang penting makanan masih banyak.

Syamim pun tak lepaskan peluang memakan nasi sambil disuap oleh ibu. Seperti biasa kalau la ibu lambat suap makanan maka lontaran vokal syamim sudah pasti dapat kedengaran satu dewan besar itu. Setelah selesai makan maka bermulalah pula sesi bergambar bersama pengantin. Setelah puas pengantin berposing kini tibalah pula pengantin bergambar bersama-sama rakan sepejabat. Kini giliran rakan-rakan pengantin pula berposing..hehe..Syamim seperti biasa pasti menjadi perhatian semua orang. Semua sibuk nak dukung syamim je, sekali sekala apa salahnya kalo dukung abah.hencem ni kan?

Apapun kami sekeluarga mendoakan semoga perkahwinan ini akan kekal abadi hingga ke akhir hayat..

Setelah hampir jam 3.00pm barulah kami semua bertolak balik ke KL semula. Syamim seperti sedia kala pasti akan tidur lena bila menaiki kereta...



syamim juga tak lepaskan peluang bergambar bersama pengantin

0

Genting Highland

Baru-baru ini abah.hencem berkesempatan bawa Syamim dan Ibunya ke Genting Highland. Perjalanan yang tidak diduga itu terhasil apabila abah.hencem melalui jalan lama ke Bentong bersebelahan lebuhraya karak. Disebabkan perasaan ingin tahu yang menebal dan ingin mengetahui dimana lokasi berlakunya kemalangan ngeri diantara lori dan kereta di bt12 yang meragut nyawa pemandu dan penumpang yang sarat mengandung maka abah.hencem meneruskan perjalanan. Puas juga mata abah.hencem mencari-cari kesan kemalangan, namun ianya tidak membuahkan hasil.

Memandangkan kebetulan abah.hencem memang teringin nak naik ke Genting Highland maka abah.hencem pun memandu sepanjang jalan raya lama tersebut menyusuri hutan tebal. Semakin jauh dihadapan abah.hencem perasan bahawa perjalanan mendaki bukit bukau dan gaung yang cuma bersebelahan tidak sampai 2 kaki dari jarak kereta. Ibu dan anak nampaknya keletihan dan abah.hencem teruskan perjalan menyusuri hutan tersebut. Hampir 40 minit perjalanan barulah abah.hencem perasan bahawa jalan tersebut dapat menembusi betul-betul bersebelahan RnR Genting Sempah.


Setelah membaca signboard dengan teliti maka abah.hencem pun meneruskan perjalanan mendaki Genting Higland ^^ Hampir 20 minit memandu maka sampailah kami di puncak Genting Highland. Ternyata dihujung minggu memang begitu ramai orang ke Genting Highland dan dapat disaksikan sendiri kenderaan yang lalu lalang mendaki Genting Highland tidak terkira banyaknya.

Setelah mendapat tempat parkir maka abah.hencem pun berhajat untuk bergambar disitu. Belum pun sempat abah.hencem mengeluarkan kamera, kabus tebal mula menyelubungi. Ternyata dingin sekali berada di Genting Highland dan sungguh nyaman sekali suasana di sana. Cuma sempat mengambil beberapa keping gambar sahaja dan tiba-tiba hujan mula turun. Kami berkurung didalam kereta berlindung dari hujan. Disebabkan kabus tebal yang menyelubungi maka abah.hencem mengambil keputusan untuk tidak memandu turun dari Genting Highland. Hampir setengah jam abah.hencem terlelap maka hujan pun telah berhenti, namun kabus tebal masih lagi menyelubungi puncak Genting.

Maka abah.hencem terpaksa mengambil keputusan drastik untuk turun dari Genting walaupun hakikatnya abah.hencem tak berapa berani nak drive namun abah.hencem cekalkan jua hati dan memandu dengan penuh berhemah agar perkara yang tidak diingini berlaku. Alhamdulillah sampai separuh perjalanan kabus mula berkurangan dan kami sekeluarga dapat turun dan pulang kerumah dengan gembira ^^ keh keh keh


Syamim yang kesejukkan ^^


Berhenti seketika untuk berehat

Back to Top